Same Skies

Mengapa sumbangan kita penting

Masyarakat dunia kini berhadapan dengan keadaan baru yang aneh. Seperti kebanyakkan organisasi dan perniagaan yang lain, kita harus meneruskan kehidupan kita dan cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran kita yang sentiasa berubah. Situasi baru ini juga telah mendatangkan lebih banyakcabaran kepada pelarian dan juga golongan yang dipinggirkan. Proses pengukuhan kapasiti jangka panjang kami telah menunjukkan daya ketahanan yang luar biasa bagi rakan pelarian kami, dan kami sangat berbangga untuk terus memberikan sokongan kepada mereka melalui bengkel dalam talian dan sesi bimbangan individu. Tujuh bulan yang lalu, kami juga telah memulakan dua projek baru, dan telah mewujudkan rangkaian organisasi yang dipimpin oleh pelarian.

Ke manakah wang anda akan pergi

Refugee Network Center

Lokasi: Kuala Lumpur, Malaysia

 

Refugee Network Center adalah hasil program Transformative Leadership in Action yang pertama pada tahun 2018. Terdiri daripada pasukan pelarian dan penduduk tempatan . Pasukan ini menyediakan bengkel kemahiran vokasional, kelas bahasa dan peluang rangkaian untuk meningkatkan kualiti kehidupan pelarian.

Ekoran penularan Covid-19 di Malaysia, pusat ini terpaksa ditutup secara fizikal tetapi masih beroperasi di dalam talian. Ini membolehkan pelarian yang tidak dapat hadir ke pusat tersebut untuk mengakses bahan latihan. Cari mereka di Facebook dan ikuti aktiviti harian mereka: RNCMalaysia.

 

Apa yang kami sediakan dalam 2020/21

  • Sekurang-kurangnya empat bengkel dalam talian

  • 132 sesi bimbingan individu

  • Sumbangan kewangan untuk usaha pengumpulan dana

  • Peluang rangkaian

PB237959.JPG

Refugee Learning Center

Lokasi: Bogor, Indonesia

 

Refugee Learning Center telah bekerjasama dengan Same Skies sejak akhir 2015. Pusat ini dikendalikan secara bebas oleh pasukan pelarian termasuklah usaha mengumpul dana sendiri.
Semasa pandemi Covid-19, pasukan pelarian ini juga bertindak untuk memastikan bahawa 200+ pelajar dapat mengakses pendidikan seperti biasa. Selain itu , mereka juga membantu rakan-rakan tempatan mengedarkan peralatan kebersihan dan bahan makanan kepada keluarga pelarian, dan meningkatkan kesedaran dalam masyarakat. Lawati laman web mereka dan ikuti mereka di media sosial: 
refugeelearningcenter.com.

Apa yang kami sediakan dalam 2020/21

  • 240 sesi bimbingan individu

  • Sumbangan kewangan untuk usaha pengumpulan dana

  • Peluang rangkaian

  • Bengkel dalam talian berdasarkan keperluan

Refugee Learning Nest

Lokasi: Bogor, Indonesia

Refugee Learning Nest adalah projek pertama yang ditubuhkan dan dibimbing oleh Same Skies. Projek ini ditubuhkan semasa bengkel konsultasi masyarakat pada Oktober 2014, yang dihadiri oleh hampir 70 pelarian.
Pasukan ini telah menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dengan membuat aktiviti dalam talian dengan menggunakan Zoom untuk sesi pembelajaran. Pasukan ini juga telah bekerjasama dengan organisasi tempatan dan antarabangsa bagi menyediakan  bahan keperluan asas & penjagaan kesihatan untuk keluarga pelarian di komuniti mereka. Dapatkan lebih banyak maklumat di laman web mereka: refugeelearningnest.com .

 

Apa yang kami sediakan dalam 2020/21

  • 240 sesi bimbingan individu

  • Sumbangan kewangan untuk usaha pengumpulan dana

  • Peluang rangkaian

  • Bengkel dalam talian berdasarkan keperluan

Jakarta Bersatu Project

Lokasi: Jakarta, Indonesia

Kneading Peace adalah perusahaan sosial baru kami - sebuah kafe yang dibina di  untuk pelarian yang ingin belajar bagaimana mengembangkan dan menguruskan peluang perniagaan dari rumah. Selama enam bulan intensif, sukarelawan pelarian menerima latihan membuat roti, perusahaan dan kreatif, dan dilatih untuk mengembangkan rancangan perniagaan. Produk yang dihasilkan semasa latihan akan dijual di kedai-kedai, yang terletak di tengah-tengah Melaka.

Selain itu, syarikat ini juga berfungsi sebagai medium untuk  menjual  kraftangan buatan pelarian,  mempamerkan pameran seni di galeri, dan meningkatkan kesedaran mengenai keadaan pelarian di Malaysia dan kewujudan hasil karya kami. ​ Baca lebih lanjut di sini .

 

Apa yang kami sediakan dalam 2020/21

  • Latihan, sokongan & penginapan yang diperibadikan untuk 10 pelarian

  • Pembiayaan permulaan (business starter kit) setelah program selesai

  • Sesi bimbingan berterusan untuk alumni program

  • Peluang rangkaian

Kneading Peace

Lokasi: Melaka, Malaysia

Kneading Peace adalah perusahaan sosial baru kami - sebuah kafe yang dibina di  untuk pelarian yang ingin belajar bagaimana mengembangkan dan menguruskan peluang perniagaan dari rumah. Selama enam bulan intensif, sukarelawan pelarian menerima latihan membuat roti, perusahaan dan kreatif, dan dilatih untuk mengembangkan rancangan perniagaan. Produk yang dihasilkan semasa latihan akan dijual di kedai-kedai, yang terletak di tengah-tengah Melaka.

Selain itu, syarikat ini juga berfungsi sebagai medium untuk  menjual  kraftangan buatan pelarian,  mempamerkan pameran seni di galeri, dan meningkatkan kesedaran mengenai keadaan pelarian di Malaysia dan kewujudan hasil karya kami. ​ Baca lebih lanjut di sini .

 

Apa yang kami sediakan dalam 2020/21

  • Latihan, sokongan dan penginapan yang diperibadikan untuk 10 pelarian

  • Pembiayaan permulaan (business starter kit) setelah program selesai

  • Sesi bimbingan berterusan untuk alumni program

  • Peluang rangkaian

Program Kepimpinan

Lokasi: Pekanbaru, Indonesia

Transformative Leadership in Action adalah program tujuh bulan untuk peserta yang ingin belajar bagaimana mewujudkan impak yang berterusan.

 

Tahun lalu, seorang pelarian dari Pekanbaru telah berhubung dengan kami meminta sokongan kami untuk mengaktifkan kembali projek pendidikan yang telah dimulakannya dahulu. Kami gembira dapat membantunya melalui program ini, dan membolehkan para pelarian untuk berhubung dengan penyokong antarabangsa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada projek yang dipimpin oleh pasukan pelarian.Program ini juga dapat memperkuatkan kemahiran pengurusan projek mereka.

 

Program ini akan bermula pada Januari 2021. Baca lebih lanjut, jika berminat klik di sini.

 

Apa yang kami sediakan dalam 2021/22

  • Tujuh bulan latihan dalam talian dan bimbingan projek

  • 12 bulan sokongan susulan kepada pasukan pelarian

  • Sumbangan kewangan untuk usaha pengumpulan dana

  • Peluang rangkaian

Pilih gambar untuk mengetahui lebih lanjut tentang sumbangan kami kepada pasukan & rakan pelarian

Derma anda akan membantu mengekalkan kerja kami selama enam bulan akan datang!

Kami terus mendorong pergeseran kepemimpinan dan inovasi dalam pekerjaan pengungsi dengan mempromosikan cara unik kami untuk bermitra dengan komuniti pelarian dan membuat projek bersama. Mari meningkatkan impak bersama, menyumbang hari ini.

Butiran bank
Sekiranya anda tidak mahu menderma secara dalam talian, anda boleh memindahkan sumbangan anda terus ke salah satu akaun bank kami. Derma anda ditolak cukai di Australia dan Switzerland. Terima kasih atas sokongan anda!

Australia

Name: Same Skies Australia Inc.

Address: 1700 Princes Hwy, Buckley VIC 3240

Bank: Westpac

Account number: 218623

BSB: 033608

Switzerland

Name: Same Skies

Address: Schiblerstr. 10, 8444 Henggart

Bank: PostFinance

Account number: 89-506036-1

IBAN: CH76 0900 0000 8950 6036 1 

Malaysia

Name: Pertubuhan Kebajikan Satu Langit

Address: 37, Jalan Hang Lekiu, 75200 Melaka

Bank: Public Bank

Account number: 3205570020

Terima kasih! Anda luar biasa.